Muzik pribumi Taiwan mendapat perhatian di pentas muzik antarabangsa kerana bahasa dan budaya yang unik dan mendalam. Penyanyi masyarakat Paiwan yang pernah memenangi Anugerah Muzik Golden Melody, Abao (阿仍仍, Aljenljeng Tjaluvie), akan membuat persembahan pada 31 Mei di Festival Muzik Antarabangsa “MTN Bushfire” di Eswatini, sebuah negara sahabat diplomatik Taiwan. Ini merupakan kali pertama kumpulan persembahan dari Taiwan tampil di pentas sebuah festival muzik antarabangsa berskala besar di Afrika, menandakan satu pencapaian penting dalam pertukaran muzik antarabangsa Taiwan.
Sebelum ini, Abao memenangi Anugerah Album Tahunan Terbaik di Anugerah Golden Melody ke-31 menerusi album "母親的舌頭 Kinakaian" (Lidah Ibu). Tahun lalu, beliau turut membuat persembahan di pentas Olimpik Budaya di Paris. Tahun ini, dengan sokongan Kedutaan Taiwan di Eswatini dan Persatuan Perniagaan Taiwan tempatan, Abao dijemput menyertai Festival Muzik “MTN Bushfire” bagi memperkenalkan muzik masyarakat peribumi Taiwan kepada dunia.
Penyanyi muda Dremedreman 曾妮, yang baru-baru ini dicalonkan untuk Anugerah Golden Melody, juga akan membuat persembahan pada 1 Jun di pentas “Youth Dream Stage” dalam festival tersebut, bagi menggalakkan lebih ramai anak muda mengejar impian mereka.
Melalui pertukaran budaya di Festival Muzik Eswatini ini, dunia dapat mendengar kekuatan dan semangat muzik peribumi dari Taiwan.