close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Portal Laman Web Bahasa Antarabangsa Kementerian Kebudayaan Kini dalam Bahasa Melayu dan Thai

  • 02 January, 2025
  • 楊偉光
Portal Laman Web Bahasa Antarabangsa Kementerian Kebudayaan Kini dalam Bahasa Melayu dan Thai
Laman Web Bahasa Antarabangsa Kementerian Kebudayaan Secara Rasmi Melancarkan Versi Bahasa Melayu dan Thai. Gambar menunjukkan versi laman web dalam Bahasa Melayu. (Gambar dipetik dari laman web Kementerian Kebudayaan).

Kementerian Kebudayaan Taiwan secara rasmi melancarkan laman web Bahasa Antarabangsa dalam versi bahasa Melayu dan Thai. Langkah ini bertujuan untuk memperkuat hubungan budaya dua hala antara Taiwan dengan Malaysia dan Thailand, serta memastikan maklumat terkini mengenai seni dan budaya Taiwan dapat dilaman oleh rakan-rakan peminat budaya dari negara-negara ini.

Pada hari ini (2 Januari), Kementerian Kebudayaan menyatakan bahawa laman web dalam bahasa Melayu dan Thai bukan sahaja memaparkan dasar-dasar penting kementerian serta maklumat mengenai seni dan budaya Taiwan, tetapi juga menggabungkan hasil-hasil pertukaran budaya yang melibatkan wakil Taiwan di kedua-dua negara tersebut serta wilayah Asia Tenggara. Ini bertujuan untuk membuka ruang interaksi dan pertukaran yang lebih mendalam antara masyarakat di Asia Tenggara dengan budaya, sejarah, dan masyarakat Taiwan.

Sesuai dengan strategi promosi, laman web dalam bahasa Melayu dan Thai ini menyusun tema "Budaya Taiwan" dan memperkenalkan tokoh-tokoh seni, budaya, ruang seni, serta individu berpengaruh dalam budaya kontemporari Taiwan melalui artikel khas. Harapannya, laman web ini akan menjadi jendela yang memperkenalkan kekayaan budaya Taiwan kepada dunia. Laman web versi bahasa Melayu boleh diakses melalui pautan https://www.moc.gov.tw/my, manakala versi bahasa Thai melalui https://www.moc.gov.tw/th.

Menurut Kementerian Kebudayaan, sejak tahun 2013, mereka telah membangunkan dan mengemas kini laman web dalam pelbagai bahasa, termasuk Inggeris, Jepun, Perancis, Sepanyol, dan Indonesia. Dengan penambahan versi bahasa Melayu dan Thai, kini terdapat tujuh bahasa yang boleh diakses. Kementerian akan terus berusaha menyediakan platform bagi masyarakat antarabangsa dari pelbagai latar belakang bahasa untuk mengenali dan menghargai kepelbagaian budaya Taiwan.

Ini akan membantu memperkukuh kedudukan Taiwan di peringkat global dan memperlihatkan kekayaan budayanya kepada dunia.

Komen

Terbaharumore