Badan Kebudayaan mengumumkan episod terbaru‘Jiwa Tukang’-‘Penyeberangan Manusia dan Dewa’, yang merakam budaya kapal raja yang popular di Penghu, dan ahli seni bina kapal raja Wang Xu-hui (王旭輝)yang mengikuti ajaran nenek moyangnya, menguruskan semua proses dengan tangan sendiri, dan mengekalkan semangat tukang yang diwarisi.Video ini boleh ditonton di laman Facebook rasmi Badan Kebudayaan dan platform media sosial lain, saluran YouTube mulai hari ini (8hb).
‘Membakar Kapal Raja’ adalah salah satu upacara tradisional yang penting di Taiwan, berkaitan dengan budaya pemeriksaan bumi oleh Tuhan Maha kuasa di dalam kepercayaan Dewa “Raja muda”. Selain daripada upacara menyambut Dewa “Raja Muda” di Donggang, Pingtung, Penghu juga mempunyai kepercayaan Dewa “Raja Muda” yang bersejarah. Kepulauan Penghu mempunyai keluasan kira-kira 126.86 kilometer persegi, dengan kira-kira 160 kuil, di antaranya 41 kuil utama yang menyembah Dewa Raja Muda, menunjukkan budaya Dewa Raja Muda dan kapal raja Penghu yang kaya.
Dalam video‘Jiwa Tukang’terbaru Badan Kebudayaan‘Penyeberangan Manusia dan Tuhan’, ia memberi tumpuan khusus kepada seni bina kapal raja, Wang Xu-hui (王旭輝)yang terkenal di Penghu, dan semangat tukang yang mengabdikan hidupnya kepada tuhan. Keluarga Wang Xu-hui (王旭輝)telah membuat kapal untuk Dewa Raja Muda sejak zaman Qing, menyaksikan pembangunan ekonomi Penghu. Beliau juga memulakan pengalaman membuat kapal pertamanya ketika berada di tahun 5 sekolah rendah, menjadi pembantu bapa beliau dalam membuat kapal raja. Beliau berkata: “Saya telah terdedah kepada perkara-perkara ini sejak kecil, jadi saya telah dipengaruhi oleh bapa saya, saya juga suka kapal raja.” Setiausaha Agung Badan Kebudayaan Lee Hou-ching(李厚慶) menunjukkan bahawa membuat kapal raja adalah seni bina tradisional yang komprehensif, dari merekabentuk gambar kapal, mengira bahan hingga memasang badan kapal, hingga melukis warna-warni, membuat layar, sulaman, kerja logam dan lain-lain. Untuk meningkatkan kemahiran membuat kapal, dan memegang rasa tanggungjawab ‘membuat untuk tuhan’, Wang sifu pernah membaca kamus Inggeris-Cina dengan susah payah, belajar sendiri pengetahuan membuat kapal dari luar negara, bahkan meninggalkan kampung halaman untuk belajar kemahiran di kilang perahu layar, dan merujuk kepada teknik perahu layar Barat, menggabungkannya ke dalam seni bina kapal raja tradisional ini, seperti menggunakan penggulung layar automatik untuk menggantikan cincin besi, memperbaiki fungsi menarik layar, atau menambahkan pasak pada pintu dan tingkap untuk mengelakkan daripada terbuka tutup kerana badan kapal bergoyang dan lain-lain. Beliau juga adalah satu-satunya ahli seni bina kapal raja di Taiwan yang memasang penggulung layar pada kapal raja. Sekarang Wang Xu-hui (王旭輝)telah ditetapkan oleh Kementerian Kebudayaan sebagai ‘Pemelihara Aset Budaya Teknik Membuat Kapal Raja’, dan kerana bersentuhan dengan budaya kuil untuk masa yang lama, selain daripada kapal raja, beberapa tahun lalu beliau juga mula membuat kapal Mazu, terus berkhidmat untuk tuhan.