Hadiah utama tiket "NT$12 Juta " jatuh ke tangan seorang pekerja migran wanita Vietnam di Changhua. Taiwan Lottery menyatakan pada hari semalam (1 Feb) bahawa seorang wanita muda asal Vietnam, bersama tiga rakan senegaranya, telah pergi ke kedai loteri dan membeli tiket gores-gores. Tanpa strategi atau pilihan nombor khusus, dia berjaya memenangi hadiah NT$12 juta hanya dengan menggores tiket tersebut. Wanita ini berencana untuk mengirimkan semua wang hadiah ini ke Vietnam untuk keluarganya agar mereka dapat menyambut Tahun Baru dengan lebih baik.
Taiwan Lottery telah melancarkan permainan tiket gores-gores "NT$12 Juta Daji" sebagai promosi khas sempena perayaan Tahun Baru Tionghoa, dengan enam hadiah utama bernilai NT$12 juta dan 175 hadiah NT$1 juta. Sehingga 31 Januari, dua hadiah utama dan 13 hadiah NT$1 juta telah dimenangi.
Taiwan Lottery menyebutkan bahawa hadiah utama "NT$12 Juta Daji" kedua ini dimenangi di kedai lotri Xiangfu (祥富彩券行) di Changhua. Dewi Keberuntungan nampaknya tidak memandang kebangsaan, kali ini pemenangnya adalah seorang wanita muda asal Vietnam. Malam itu, dia bersama tiga rakan lelaki asal Vietnam membeli tiket gores-gores dan masing-masing memilih tiket yang menarik perhatian mereka.
Menurut Taiwan Lottery, pemenang bertuah ini tidak menggunakan sebarang strategi atau pilihan nombor khusus. Tertarik dengan permainan tiket "NT$12 Juta ", dia membeli empat tiket. Ketika menggores tiket pertama di kawasan permainan keempat, dia mendapati tiga nombor yang sama iaitu "12,000,000". Wanita ini sangat terkejut dan gementar, serta menyatakan bahawa dia akan mengirimkan semua wang hadiah ini ke Vietnam untuk keluarganya agar mereka dapat menyambut Tahun Baru dengan lebih baik, sementara dia akan terus bekerja di Taiwan.