close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Sakura Mokuren di Ladang Wuling Mekar Indah, Tapi Jadi Santapan Monyet

  • 06 March, 2025
  • 李婉琳
Sakura Mokuren di Ladang Wuling Mekar Indah, Tapi Jadi Santapan Monyet
Sakura Mokuren di Ladang Wuling Mekar Indah, Tapi Jadi Santapan Monyet. (Foto:CNA)

Sakura di Ladang Wuling kelihatan lebih cantik selepas disirami hujan. Namun, sebelum sempat dinikmati sepenuhnya oleh pelancong, bunga Mokuren Sakura yang baru sahaja mekar sudah dimakan oleh monyet.

Menurut Timbalan Pengurus Ladang Wuling, Chang Fang-chi(常方麒), bunga sakura di Taman wisteria, kawasan perkhemahan, dan kebun pic masih dalam keadaan baik. Beberapa jenis sakura lewat, termasuk Ryukyu Hikan Zakura dan Wushe Sakura, kini berada dalam tempoh mekar terbaik dan dijangka mencapai puncak dalam beberapa hari akan datang.

Namun, pekerja ladang mendapati bahawa sakura jenis Mokuren yang baru mula berkembang telah dipetik dan dimakan oleh monyet. Menurut Profesor Lin Liang-kong(林良恭) dari Pusat Penyelidikan Ekologi dan Alam Sekitar Universiti Tunghai, bunga dan buah bukan makanan utama monyet. Namun, kerana monyet tertarik kepada warna-warna cerah, mereka memetik bunga sakura untuk dijadikan ‘snek ringan’.

Ladang Wuling mengingatkan para pelancong agar berhati-hati semasa mengunjungi kawasan tersebut. Sebaiknya, jangan memegang makanan di tangan kerana monyet mungkin akan merampasnya. Selain itu, pastikan zip beg ditutup rapat untuk mengelakkan barang dicuri. Semasa berhenti dengan kereta, pelancong juga disarankan agar tidak membuka tingkap sepenuhnya, bagi mengelakkan monyet masuk ke dalam kenderaan dan mengambil barang peribadi.

Komen

Terbaharumore