close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Persidangan Pendidikan Asia Pasifik (APAIE): 15 Universiti Taiwan Termasuk NCNU Ke India Berkongsi Kelebihan Taiwan

  • 27 March, 2025
  • 陳心怡
Persidangan Pendidikan Asia Pasifik (APAIE): 15 Universiti Taiwan Termasuk NCNU Ke India Berkongsi Kelebihan Taiwan
Pengerusi Yayasan Kerjasama Antarabangsa Pendidikan Tinggi Taiwan(FICHET), Wu Cheng-Chi (kiri ke-6), bersama Ketua Eksekutif Lin Tzu-Pin (kiri ke-4), mengetuai delegasi 15 universiti Taiwan dengan 44 wakil ke New Delhi, India bagi menghadiri Persidangan Pendidikan Asia Pasifik (APAIE). (Gambar: CNA).

Persidangan Pendidikan Asia Pasifik 2025 (APAIE) telah berlangsung di New Delhi, India baru-baru ini dengan penyertaan 15 universiti dan 44 wakil dari Taiwan yang berinteraksi bersama lebih 200 wakil universiti dari seluruh dunia. Universiti Nasional Chi Nan (NCNU) pada 27 hb menyatakan bahawa Naib Presiden NCNU, Tseng Yung-Ping, telah dijemput sebagai pembicara dalam "Forum Presiden" persidangan tersebut, berkongsi pengalaman dan hasil pelaksanaan program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) serta konsepnya. Beliau juga menyatakan hasrat untuk menjalin kerjasama dengan universiti-universiti di India sebagai usaha menyokong Matlamat Pembangunan Mampan global.

Menurut statistik Kementerian Pendidikan Taiwan, jumlah pelajar India yang sedang melanjutkan pelajaran di Taiwan kini melebihi 3,000 orang. Wakil Taiwan di India, Ko Pao-hsuan (葛葆萱), dalam majlis makan malam alu-aluan, menyatakan harapan untuk menarik lebih ramai pelajar dari India dan rantau Asia Pasifik bagi menjadikan Taiwan sebagai pusat penting kerjasama pendidikan tinggi di rantau tersebut.

Tseng Yung-Ping dalam forum tersebut menyatakan bahawa pelajar antarabangsa yang belajar di Taiwan boleh turut mengikuti kursus pembelajaran bahasa Mandarin, di mana NCNU dan beberapa universiti lain turut menyediakan pusat pengajaran bahasa Mandarin. Selain itu, Taiwan turut menyediakan peluang kepada pelajar antarabangsa untuk memasuki industri semikonduktor Taiwan melalui program "Kursus TSMC" bagi pelajar ijazah sarjana muda yang dianjurkan bersama Sistem Gabungan Universiti Nasional Taiwan (NTUS) serta program Sarjana "Kursus Semikonduktor" hasil kerjasama dengan Siliconware Precision Industries Co. Ltd.

NCNU turut menyatakan bahawa persidangan ini menjadi platform untuk menjalinkan hubungan dengan beberapa universiti terkemuka India serta universiti ternama lain di dunia, antaranya Oklahoma State University dari Amerika Syarikat, University of Otago dari New Zealand, Kansai University dari Jepun, King Mongkut’s Institute of Technology Ladkrabang (KMITL) dari Thailand, dan Université Paris-Est dari Perancis. Selepas ini, mereka akan melaksanakan langkah lanjut dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk memperluaskan program pertukaran pelajar, ijazah berganda, serta kerjasama penyelidikan.

Komen

Terbaharumore