close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Mulai 23 Jun, Harga Tiket Kereta Api Taiwan (TRA) Naik.

  • 07 April, 2025
  • 陳鑀枚
Mulai 23 Jun, Harga Tiket Kereta Api Taiwan (TRA) Naik.
Eksekutif Yuan telah meluluskan kadar harga tiket TRA pada 28 Mac 2025.(sumber foto : TRA)

Harga tiket Kereta Api Taiwan (TRA) akan dinaikkan mulai 23 Jun. Pengurus Besar Syarikat Kereta Api Nasional Taiwan, Encik Feng Hui-sheng(馮輝昇), menegaskan petang ini (7 April) bahawa selepas penyesuaian harga, kadar pulangan keseluruhan hanyalah 0.36%. Namun begitu, ia dijangka dapat meningkatkan pendapatan TRA sebanyak hampir NT$5.5 bilion, sekaligus menjadi langkah penting ke arah "10 Tahun Keemasan" TRA.

Pada 28 Mac lalu, Eksekutif Yuan telah meluluskan cadangan rasionalisasi harga tiket TRA yang dibentangkan oleh Kementerian Pengangkutan. Harga tiket TRA yang tidak pernah dinaikkan sejak tahun 1995, dijangka akan disemak semula secara rasmi mulai 23 Jun ini bagi mengatasi kerugian tahunan yang dialami oleh syarikat tersebut.

TRA menekankan bahawa pengguna T-PASS tidak akan terjejas oleh penyesuaian harga ini dan masih menikmati harga tiket asal. Tiket berkala juga boleh didapati pada diskaun maksimum sehingga 56%. Bagi penumpang yang tidak menggunakan T-PASS, disediakan juga diskaun untuk pengguna tetap. Oleh itu, tiket bagi perjalanan jarak dekat masih lebih murah berbanding dengan sistem MRT atau bas bandar.

Namun, dengan pelaksanaan harga tiket baharu, jarak maksimum bagi tiket jarak dekat dengan penggunaan kad pintar untuk menaiki kereta api PP Puyuma akan dikurangkan daripada 70 km kepada 50 km. Ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan PP Puyuma dan mengelakkan situasi penumpang tidak mendapat tempat duduk semasa waktu puncak. Sementara itu, struktur harga tiket istimewa yang lebih fleksibel bagi penduduk kawasan Hualien dan Taitung masih dalam peringkat perbincangan dan akan diumumkan selepas dimuktamadkan.

Komen

Terbaharumore