close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

TPASS dilancarkan 1hb Julai, mengurangkan kesesakan di bandar kata Lai Ching-te (賴清德)

  • 01 July, 2023
  • 楊偉光
TPASS dilancarkan 1hb Julai, mengurangkan kesesakan di bandar kata Lai Ching-te (賴清德)
TPASS telah dilancarkan pada 1 Julai 2023. Naib Presiden Lai Ching-te (賴清德) (tengah), Perdana Menteri Chen Chien-jen (陳建仁) kanan ke-3 dan Menteri Pengangkutan Wang Kuo-tsai (王國材) kanan ke-1 turut hadir dalam majlis pelancaran di Kaohsiung. (Gambar dari Kerajaan Negeri Tainan)

TPASS ialah satu dasar pengangkutan awam yang baru dilancarkan di Taiwan pada 1 Julai 2023. Dasar ini mempunyai makna yang besar kerana ia bukan sahaja memberi manfaat kepada semua rakyat Taiwan tetapi juga memudahkan penggunaan pengangkutan awam dan mengurangkan pencemaran karbon. Dasar ini juga membolehkan orang ramai memilih untuk tinggal di kawasan pinggir bandar dan bukan terpaksa menyewa atau membeli rumah di bandar yang sesak .

Dasar ini telah dilancarkan oleh Naib Presiden Taiwan, Lai Ching-te (賴清德),  bersama-sama dengan Perdana Menteri Chen Chien-jen (陳建仁) dan Menteri pengangkutan Wang Kuo-tsai (王國材) pada majlis pelancaran di Kaohsiung .

Dasar ini mempunyai empat makna penting iaitu:

  1. Membolehkan orang ramai menjimat lebih bila mereka banyak menggunakan pengangkutan awam .
  2. Meningkatkan kemudahan penggunaan pengangkutan awam dengan mengintegrasikan pelbagai jenis pengangkutan awam seperti bas, kereta api, feri dan sebagainya .
  3. Membantu mengurangkan kesesakan bandar dengan memberi pilihan kepada orang ramai untuk tinggal di kawasan pinggir bandar .
  4. Membantu mencapai sasaran negara untuk menjadi negara bersih karbon menjelang tahun 2050 .

Komen

Terbaharumore