Angka kematian akibat keracunan makanan di restoran Polam Kopitam di Daerah Xinyi, Taipei, meningkat 1 orang. Sehingga berita ini disiarkan, terdapat 2 orang yang meninggal dunia. Kementerian Kesihatan dan Kebajikan (MOHW) menganggap ini sebagai insiden keselamatan makanan yang serius.
Ketua Pengarah Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA), Wu Shou-mei (吳秀梅), menyatakan bahawa pada petang Selasa (26/3), pukul 23:00, institusi kesihatan telah menerima laporan daripada enam orang yang mengalami gejala tidak sihat disyaki disebabkan keracunan makanan.
Gejala rasa tidak sihat termasuk loya, muntah, kembung perut, sakit perut dan cirit-birit.
Beberapa pihak berkuasa yang berwibawa juga telah menjalankan pemeriksaan bersama, untuk memahami kemungkinan punca keracunan.
Restoran Polam Kopitam menjual hidangan vegetarian asli Malaysia, dengan kedai asalnya terletak di Pasar Malam Raohe. Pengasasnya adalah seorang pemuda berketurunan Cina dari Malaysia. Selain Taipei, pemiliknya juga telah mengembangkan perniagaannya ke Taichung.
Sebelum ini restoran ini terlibat dalam masalah berkaitan gaji. Restoran Polam Kopitam di Daerah Xinyi, Taipei City, dijadualkan ditutup pada 31 Mac 2024, apabila kontrak pajakannya tamat.
Dan sebelum ia benar-benar ditutup, kini berlaku kejadian keracunan makanan yang sangat serius.