close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Fang Jin warganegara Malaysia telah berdedikasi untuk pendidikan Taiwan selama 44 tahun dan telah dianugerahkan permit kediaman tetap

  • 09 May, 2024
  • 陳心怡
Fang Jin warganegara Malaysia telah berdedikasi untuk pendidikan Taiwan selama 44 tahun dan telah dianugerahkan permit kediaman tetap
Fang Jin warganegara Malaysia telah berdedikasi untuk pendidikan Taiwan selama 44 tahun dan telah dianugerahkan permit kediaman tetap (Sumber: CNA)

Fang Jinrong, 68 tahun dari Malaysia, telah mendidik pelajar di Daerah Nantou selama 44 tahun, telah menghabiskan lebih separuh daripada hidupnya di Taiwan. Beliau telah dianugerahkan permit kediaman tetap warga asing menerusi "Pelan MacKay" oleh Biro Imigresen Kementerian Dalam Negeri atas pengiktirafan kepada beliau atas sumbangan dan dedikasi beliau dalam bidang tersebut.

Stesen Perkhidmatan Daerah Nantou Biro Imigresen Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa Fang Jinrong, seorang warga Malaysia, datang ke Kolej Kristian Sanyu Kampung Yuchi(魚池鄉三育基督學院) dengan penuh semangat sejak lebih 40 tahun lalu untuk mengajar, dan tidak berputus asa dalam memupuk bakat.  Baru-baru ini beliau telah dianugerahkan atas sumbangan jangka panjang dalam bidang pendidikan oleh Kementerian Kesihatan dan Kebajikan menerusi "Projek MacKay". Biro Imigresen mengeluarkan permit kediaman tetap kepada warga asing bagi merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangannya kepada pendidikan di Taiwan.

Stesen Perkhidmatan Daerah Nantou menyatakan bahawa Fang Jinrong, yang dilahirkan pada tahun 1956, datang ke Taiwan pada tahun 1980 selepas menamatkan pengajian di universiti, beliau mengajar secara berturut-turut di Kolej Kristian Sanyu, Sekolah Tinggi Sanyu, dan Institusi Pendidikan Eksperimen Antarabangsa Adventist, dan kemudian pergi ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajaran dan memperoleh ijazah sarjana dalam pengajaran Bahasa Inggeris dan phD dalam pengajaran dwibahasa. Beliau kembali ke Taiwan untuk terus mendidik pelajar tanpa mementingkan diri sambil memegang jawatan pentadbiran.

Lin Hongzhi, pengarah Stesen Perkhidmatan Daerah Nantou, berkata bahawa "Pelan MacKay" mengiktiraf warga asing yang berumur lebih dari 65 tahun dan mempunyai perkhidmatan jangka panjang atau sumbangan khas di Taiwan, Jabatan Imigresen akan mengeluarkan permit kediaman tetap kepada warga asing dan memberikan diskaun untuk pengangkutan awam dan kemudahan kebudayaan, pendidikan dan rekreasi. Semanagat Fang Jinrong meninggalkan kampung halamannya dan datang ke Taiwan untuk memupuk pelajar dengan penuh kasih sayang selama lebih daripada 40 tahun memang sangat terpuji.

Komen

Terbaharumore