close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Teh Susu Boba popular di Amerika Syarikat Pakar teh: Taiwan harus berbangga mencipta teh susu boba

  • 19 May, 2024
  • 陳鑀枚
Teh Susu Boba popular di Amerika Syarikat  Pakar teh: Taiwan harus berbangga mencipta teh susu boba
Pakar teh Amerika Rick dan Wendy. Reinhardt dan "Duta Teh Taiwan" Hsu Zhenglong menghadiri Pesta Teh Susu Taiwan di Los Angeles pada 18hb. Mei, dan telah ditemuramah untuk mengkaji semula sejarah menyaksikan pengenalan teh susu Taiwan ke Amerika Syarikat pada tahun 1990-an. Wendy memegang buku mengenai teh yang ditulis oleh suami dan isteri.Foto oleh wartawan Agensi Berita Pusat Lin Honghan di Los Angeles (CNA)

Pada tahun 1990-an, seorang pakar teh yang menyaksikan pengenalan teh boba ke Amerika Syarikat berkata, "Taiwan harus berbangga sebagai pencipta Teh susu Boba."

Monterey Park di pinggir bandar Los Angeles mengadakan Minggu Warisan Amerika Taiwan dan Pesta Teh Susu Taiwan pada 18hb. Ramai pegawai terpilih telah mengagumi populariti Milk Tea Boba pada sebutannya, dan terdapat kedai Teh susu boba di hampir setiap sudut jalan di Lembah San Gabriel, di mana Kawasan pendudukan orang Asia yang paling ramai.

Terdapat 8 syarikat Teh susu boba(bubble tea) dari Taiwan yang telah membuka kedai di Amerika Syarikat.  Bukan hanya orang Asia yang suka minum, ia hampir semua orang gemar tanpa etnik di Los Angeles.

Chen Wei'an陳韋安, seorang peniaga minuman, membuka kedai di Kawasan pawagam LA, memberi tumpuan kepada teh dan bahan mentah Boba dari Taiwan, dan dia berkongsi dengan wartawan dari Agensi Berita Pusat bahawa teh susu Boba "sangat popular" di Amerika Syarikat, terutama golongan muda dan pelajar sekolah menengah, yang suka menghabiskan masa di kedai minuman bersama-sama selepas kelas.

Pada tahun 1990-an, Hsu Ching-long許正龍, yang dinamakan "Duta Teh Taiwan" oleh Persatuan Teh Taiwan, mengetuai sekumpulan peniaga Taiwan ke Amerika Syarikat untuk meneroka peluang perniagaan, mereka belajar dari industri kopi, dan juga pergi ke organisasi rangkaian restoran makanan segera untuk melatih kakitangan mempelajari susun atur dapur dan reka bentuk menu.

Hsu Chinglong berkata bahawa secawan teh susu boba mengandungi banyak budaya: budaya bartending Perancis, budaya teh susu British, teh gelembung Jepun, Mutiara(bahan mentah dibuat dari ubi kayu)Taiwan, perkataan boba yang berasal dari Hong Kong, juga konsep makanan segera "dibuat untuk pesanan" di Amerika Syarikat.

Encik Rick dan Wendy Reinhardt, yang hadir bersama Hsu Zhenglong. bertemu teh boba pada pertengahan tahun 1990-an dan menyaksikan sejarah teh boba dari Taiwan ke Amerika Syarikat. Hsu Zhenglong berkata bahawa kedua-dua pakar teh ini adalah penganjur penyebaran teh susu boba ke Amerika Syarikat.

Wendy mengulangi pemerhatian Hsu terhadap gabungan budaya, dengan berkata, "Orang Taiwan sangat pandai mencari rasa unik dari budaya lain dan menggabungkannya ke dalam produk Taiwan, dan orang Taiwan sangat kreatif."

Komen

Terbaharumore