Pengerusi Suruhanjaya Maritim Kuán Phik-lîng (管碧玲) pergi ke Teluk Sugihara di Taitung untuk menghadiri majlis pelancaran rakit buluh tradisional baru orang Ami. Bersama menghadiri acara adalah Majistret Daerah Taitung Rao Qingling(饒慶鈴) dan yang lain bersama menyaksikan budaya Austronesia dihidupkan semula. Orang ramai membina badan kapal dan melancarkan pelayaran dengan harapan mewarisi kebijaksanaan nenek moyang yang hidup bersama dengan laut. Dengan ini juga berharap dapat menghidupkan semula keupayaan maritim Taiwan.
Pengerusi Suruhanjaya Maritim, Kuán Phik-lîng, berkata tahun ini rancangan jangka pertengahan hingga panjang adalah untuk "menggiatkan semula kuasa budaya maritim", menjemput semua lapisan masyarakat di Taiwan mengambil bahagian dari segi budaya dengan amalan kebijaksanaan maritim, pewarisan kemahiran membina perahu dan penanaman keupayaan navigasi.
Kuán Phik-lîng berkata bahawa pasukan pembinaan kapal yang diketuai oleh ketua pasukan Cinaw dan timbalan ketua pasukan Laway, menggunakan bahan tempatan dan mengikut kebijaksanaan dan ingatan nenek moyang mereka untuk mencipta rakit buluh yang cantik dan berkilat, dengan harapan dapat mewarisi kebijaksanaan nenek moyang melalui acara itu, membolehkan Taiwan belayar ke arah lautan yang lebih luas.
Rao Qingling berkata melalui Kolej Komuniti Suku dan menjemput orang tua puak yang memperolehi pengetahuan nenek moyang menyebarkan pengetahuan tersebut secara praktikal. Rakit buluh tradisional yang baru dibina telah disiapkan oleh pasukan dengan cara yang paling tradisional mengikut kaedah kuno. Pada masa hadapan, Teluk Sugihara akan menjadi pangkalan pembelajaran marin dan pangkalan budaya marin tempatan. Ia akan menghadapi dunia bersama-sama dengan rakyat dan makmur bersama dengan laut.
Suruhanjaya Maritim menegaskan bahawa pada tahun ini, Kerajaan Daerah Taitung berganding bahu dengan Suku Haotong dan Kolej Komuniti Suku Orang Asli Daerah Taitung untuk mempromosikan "Program Penanaman Bakat Budaya Marin Pembinaan Kapal Tradisional Orang Asli dan Program Penanaman Bakat Navigasi Tradisional" dan mengadakan "Program Latihan Bakat Navigasi serta Kebudayaan Marin Tradisional”.
Kali ini, ketua-ketua puak mengetuai ahli-ahli untuk belajar tentang pembinaan kapal dan sejarah pelayaran orang Ami. Juga bersama mempelajari persekitaran geografi suku dan bahan-bahan untuk membina bot. Selepas hampir 2 bulan kursus praktikal, mereka pergi ke gunung untuk mengumpul bahan, memotong buluh, menimbus pasir, memasang, mengikat, dan membentuk bahan, dan akhirnya menyiapkannya rakit buluh tradisional orang Ami, yang membawa kebijaksanaan orang Austronesia yang berusia ribuan tahun. Buah hasil telah diperiksa dan diuji oleh ketua kumpulan Liu Yuyi hari ini, melambangkan pembangunan mampan budaya marin asli.