Menurut statistik rasmi, setakat akhir Mei tahun ini, terdapat lebih daripada 776,000 pekerja asing dan lebih daripada 597,000 pasangan asing di Taiwan, ditambah lebih daripada 116,000 pelajar asing pada tahun akademik 112 (2023~2024) bahawa terdapat lebih 1.49 juta warga asing di Taiwan. Antaranya, semakin ramai warga asing berlatar belakang budaya Asia Tenggara. Bagi lebih memahami golongan ini, Muzium Buruh Bandaraya Kaohsiung mengadakan aktiviti pengumpulan video pendek, menjemput semua yang bertetap di Taiwan dan adalah dari Asia Tenggara yang berusia lebih 18 tahun untuk merakam video pendek selama 1 minit dengan tema "Satu perkara yang paling mereka ingin kongsikan dengan orang Taiwan".
Li Yingxuan(李映萱), pengarah Bahagian Pameran Muzium Buruh Bandaraya Kaohsiung, berkata untuk meningkatkan pertukaran budaya dan persefahaman antara Taiwan dan Asia Tenggara, Muzium Buruh mengadakan pertandingan video pendek "Heart to Southeast Asia Fun Eyes New Vision" tahun ini. Li Yingxuan berkata, "(Bunyi asal) Selagi video adalah mengenai kerja dan kehidupan rakan-rakan Asia Tenggara di Taiwan, ataupun peserta ingin berkongsi budaya negara asalnya, masa lapang dan hiburan semasa cuti, atau bakat slashnya sendiri, atau hubungan antara negara asalnya dan budaya Taiwan, perbezaan dan anekdot tentang Taiwan juga boleh dijadikan tema untuk video seminit ini. Algoritma benar-benar mengasingkan banyak perkara. Untuk memecahkan halangan antara algoritma, kami menghasilkan projek ini sebab kami ingin tahu, "Apa yang anda akan dapati mengenai penduduk Asia Tenggara melalui video pendek?". Itulah konsep dia ".
Li Yingxuan berkata bahawa laman web rasmi Muzium Buruh menyediakan borang pendaftaran dalam empat bahasa Asia Tenggara, termasuk Tagalog, Indonesia, Vietnam dan Thai. Peserta juga boleh mencipta dalam empat bahasa Asia Tenggara ini, dan tiga pemenang dijangka dipilih dalam setiap satu Bahasa. Pemenang tempat pertama akan menerima baucar beli-belah bernilai NT$10,000 dan dijemput untuk menghadiri acara Hari Kebudayaan Asia Tenggara Muzium Buruh untuk berkongsi video.
Li Yingxuan mendedahkan bahawa ahli jawatankuasa pemilihan adalah selebriti Internet yang mahir dalam bahasa Cina dan Asia Tenggara. Kriteria pemilihan termasuk kreativiti tema filem, kelancaran penerbitan filem, ekspresi pencipta, dan kesan keseluruhan. Antaranya, kreativiti tema filem itu merupakan yang paling berat, menyumbang 40% daripada jumlah skor. Li Yingxuan menambah bahawa ini bermakna pilihan tema penggambaran adalah sangat penting . Oleh itu, jika peserta yang menunjukkan sesuatu selain makanan dan temanya unik, mereka akan berpeluang menonjol.