Petinju dari Taiwan, Lin Yu-Ting menewaskan lawannya dari Bulgaria, Svetlana Staneva menerusi keputusan sebulat suara untuk mara ke separuh akhir sekali gus bakal membawa pulang sekurang-kurangnya pingat gangsa.
Yu-Ting dan petinju Algeria, Imane Khelif dihalang daripada menyertai Kejuaraan Persatuan Tinju Dunia pada tahun lalu selepas dilaporkan gagal dalam ujian jantina.
Namun, kedua-dua atlet itu dibenarkan bertanding dalam kategori wanita di Sukan Olimpik oleh Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) menarik hak penganjuran tinju kepada Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA).