Media baru-baru ini melaporkan bahawa Taiwan diliputi dengan "gunung sampah" dan telah menjadi "Gunung Seratus Baru" Taiwan. Kumpulan alam sekitar "Greenpeace" membuat petisyen ke Yuan Eksekutif 15hb untuk menyeru kerajaan menghadapi masalah gunung sampah. Menteri Alam Sekitar Peng Qi-ming(彭啓明) membalas di Facebook bahawa masalah sampah adalah agak rumit dan melibatkan kuasa dan tanggungjawab pusat dan tempatan. Beliau juga menyenaraikan empat langkah utama semasa dalam pemprosesan, termasuk pengurangan kuantiti serta menggunakan platform AI untuk mengawal jumlah sampah. Beliau juga sedang memikirkan amalan yang dapat menyelesaikannya sekali gus dan janji akan menyelesaikan masalah.
Peng Qiming menegaskan bahawa sampah adalah masalah autonomi bagi kerajaan tempatan, dan kerajaan pusat berperanan sebagai pihak menyelia kerajaan tempatan untuk operasi urusan pelupusan sampah, mengoptimumkan dan mengatur kemudahan perlindungan alam sekitar. Pada masa yang sama, kerajaan pusat juga dapat menyelaras merentasi daerah dan bandar yang berkapasiti pemprosesan sampah yang tidak mencukupi. Oleh itu, beliau dan rakan-rakannya telah mengambil tindakan dan berhubung dengan ketua daerah dan bandar serta biro perlindungan alam sekitar tempatan.
Peng Qiming berkata bahawa pada masa ini terdapat empat langkah utama dalam rawatan gunung sampah. Pertama, gunung sampah semakin berkurangan. Jumlah tapak pelupusan sampah yang terdedah telah menurun daripada 53 kepada 48. Jumlah simpanan sementara sampah terdedah telah menurun daripada 840,000 tan kepada 732,000 tan. Kedua, gunakan platform AI untuk mengawal jumlah sampah dengan membina model digital 3D tapak pelupusan melalui dron UAV mewujudkan imej kuantiti dan pengedaran sampah yang terdedah. Juga, langkah termasuk gunakan radar optik untuk memetakan isipadu sampah terdedah serta perubahan isipadu. Dengan ini, mewujudkan platform pemantauan tapak pelupusan sampah nasional.
Peng Qiming menegaskan bahawa langkah pencegahan bencana di tapak pelupusan juga telah diperkukuh, dan kamera pengimejan terma inframerah telah diperkenalkan. Melalui tiga peringkat iaitu pengesanan suhu, asap dan nyalaan, analisis AI dan perbandingan keadaan persekitaran digunakan untuk menentukan keadaan tidak normal sebelum kebakaran berlaku. Laporan bencana akan dijalankan sebelum bencana berlaku ataupun berkembang. Di samping itu, keutamaan diberikan kepada tapak di kawasan sensitif alam sekitar, seperti tapak pelupusan sampah di hulu kawasan tadahan.
Peng Qiming menegaskan bahawa kerajaan sangat bertekad untuk menyelesaikan masalah sampah, dan juga memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu sekali dan untuk semua pada masa akan datang, tetapi ini akan mengambil masa, dan pengurusan sampah masih mesti bermula daripada sumber. Ini amat bergantung kepada rakyat, jiran, perusahaan, dan lain-lain. Jika pengurusan pengurangan sisa tidak dapat dijalankan dengan baik, langkah lain berkaitan hanya dapat mengawal situasi sisa dan tidak dapat menghapuskan sisa. Apabila orang ramai memberikan kritikan gunung sampah, mereka juga harus memikirkan sama ada mereka sendiri boleh mengurangkan sisa dan menjadi lebih mesra alam.