close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Penggantian tiga pengarah Kementerian Pendidikan. Pengarah Ketua Jabatan Pengajian Tinggi, Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Jabatan Pendidikan Tinggi mengambil alih jawatan.

  • 21 September, 2024
  • 陳心怡
Penggantian tiga pengarah Kementerian Pendidikan. Pengarah Ketua Jabatan Pengajian Tinggi, Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Jabatan Pendidikan Tinggi mengambil alih jawatan.
Pengarah Jabatan Pendidikan Antarabangsa dan Rentas Selat yang baharu, Li Yujuan, mempunyai ijazah kedoktoran dalam pendidikan daripada National Taiwan Normal University. Sumber: MOE

Kementerian Pendidikan mengumumkan pada 20hb bahawa pengarah baharu Jabatan Pengajian Tinggi akan digantikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Antarabangsa dan Rentas Selat Liao Gaoxian (廖高賢). Jabatan Pendidikan Antarabangsa dan Rentas Selat akan digantikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Sepanjang Hayat Li Yujuan(李毓娟). Pegarah baharu Jabatan Pendidikan Sepanjang Hayat digantikan oleh Liang Xuezheng(梁學政), timbalan pengarah Jabatan Pengajian Tinggi.

Kementerian Pendidikan menyatakan bahawa Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi yang baharu, Liao Gaoxian, mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang sains politik dari National Taiwan University. Beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan, Ahli Jawatankuasa Khas Jabatan Pendidikan Antarabangsa dan Rentas Selat, Timbalan Kaunselor Pendidikan Jabatan Pendidikan Antarabangsa dan Rentas Selat, dan timbalan pengarah Jabatan Pendidikan Antarabangsa dan Rentas Selat.

Kementerian Pendidikan menyatakan bahawa Pengarah Jabatan Pendidikan Antarabangsa dan Rentas Selat yang baharu, Li Yujuan, mempunyai ijazah kedoktoran dalam pendidikan daripada National Taiwan Normal University. Beliau telah berkhidmat sebagai timbalan pengarah Jabatan Pendidikan Sepanjang Hayat, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Guru dan Pendidikan Seni, dan Pengarah Jabatan Pendidikan Sepanjang Hayat Kementerian Pendidikan.

Kementerian Pendidikan menyatakan bahawa pengarah baru Jabatan Pendidikan Sepanjang Hayat, Liang Xuezheng, mempunyai ijazah kedoktoran dari Institut Undang-undang Laut, National Taiwan Ocean University. Beliau telah berkhidmat sebagai ahli jawatankuasa khas Jabatan Pengajian Tinggi dan timbalan pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan.

Komen

Terbaharumore