close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Mengurangkan Jurang Yuran Pengajian antara Universiti Awam dan Swasta, 3 Langkah-langkah dikemukakan pada Minggu Depan

  • 25 June, 2023
  • 陳心怡
Mengurangkan Jurang Yuran Pengajian antara Universiti Awam dan Swasta, 3 Langkah-langkah dikemukakan pada Minggu Depan
Pengerusi Yuan Eksekutif Chen Chien-jen (tengah) pada petang 21 Jun, bersama jurucakap Yuan Eksekutif Lin Tzu-lun (tengah-kanan) dan Timbalan Menteri Pengangkutan Chen Yen-po (kiri), melawat Pusat Kawalan Lalu Lintas Wilayah Utara Biro Pengangkutan Tinggi, dan memberikan wawancara bersama media.

Calon Presiden dari Parti Kuomintang, Hou You-yi, mengkritik dasar yang dicadangkan oleh calon Presiden dari Parti Progresif Demokratik, Lai Ching-te, untuk memberikan subsidi biaya pendidikan kepada mahasiswa universiti swasta. Menurut beliau, cadangan ini merupakan satu pemborosan yang amat  besar. Ketika mengunjungi Biro Transportasi Tinggi pada 21 Jun ini, Pengerusi Yuan Eksekutif Chen Chien-jen menyatakan bahwa kerajaan telah membahas beberapa kali mengenai cara untuk mengurangi jurang biaya pendidikan antara university awam dengan universiti swasta. Pada minggu depan, kerajaan akan mengeluarkan tiga langkah-langkah tambahan, termasuk pembebasan yuran sekolah menengah atas termasuklah sekolah menengah vokasional, dengan harapan setiap pelajar dapat mengembangkan potensinya secara sesuai.

Pada hari bulan 20, calon Presiden dari Parti Progresif Demokratik, Lai Ching-te, mengatakan bahawa kerajaan menganggarkan dana untuk memberikan subsidi yuran pendidikan universiti swasta sekurang-kurangnya NT$25 ribu, supaya mengurangi jurang yuran pendidikan antara universiti awam dengan universiti swasta. Namun, cadangan ini dikritik oleh calon Presiden dari Parti Kuomintang, Hou You-yi, yang menyebutnya sebagai pemborosan wang. Parti pembangkang juga mempertanyakan dari mana sumber pendanaan sebesar NT$500 juta per tahun akan didapatkan.

Mengenai hal ini, Pengerusi Yuan Eksekutif Chen Chien-jen menyatakan saat mengunjungi Pusat Kawalan Lalu Lintas Wilayah Utara Biro Pengangkutan Tinggi pada hari bulan 21 ini, bahwa selama ini terdapat jurang yang amat besar antara yuran pendidikan universiti awam dengan universiti swasta, yang juga mengehadkan ramai siswa muda untuk memilih institusi dan jurusan secara adil dan mengikut kesesuaian. Oleh kerana itu, kerajaan telah melakukan beberapa kali pembahasan dan memutuskan untuk memberikan subsidi tetap bagi yuran pendidikan universiti swasta, supaya mengurangi jurang tersebut. Selain itu, kerajaan juga akan mengeluarkan tiga langkah tambahan pada minggu depan. Chen Chien-jen mengatakan, "Langkah pertama adalah memperluas skema subsidi untuk siswa yang kurang mampu di universiti awam dengan universiti swasta. Langkah kedua adalah membebaskan biaya pendidikan yuran sekolah menengah atas termasuklah sekolah menengah vokasional secara keseluruhan. Langkah ketiga adalah memperpanjangkan pinjaman pendidikan, dengan tujuan memperkuat sistem pendidikan di Taiwan dan memungkinkan setiap pemuda untuk memilih sekolah dan jurusan yang mereka sukai secara adil dan sesuai dengan kemampuan mereka. Inisiatif ini telah diperinci oleh kerajaan dan diharapkan akan diumumkan minggu depan."

Chen Chien-jen juga berharap inisiatif ini akan memberikan manfaat bagi pemuda dalam memilih sekolah dan jurusan yang terbaik, dan pada akhirnya mereka dapat memberikan kontribusi terbaik bagi negara.

Selain itu, mengenai pembangunan infrastruktur rel di Kota New Taipei yang merupakan satu bahagian daripada Dasar Pembangunan Jangka Panjang, namun dikritik oleh Hou You-yi yang mengatakan bahawa beliau tidak pasti di mana dana Dasar Pembangunan Jangka Panjang digunakan, adakah ini menunjukkan ketidaktahuan Hou You-yi tentang urusan pemerintahan kota? Chen Chien-jen menjawab bahawa semua orang dapat memahami bahawa kebelakangan ini Hou You-yi sibuk dengan urusan pilihanraya, sehingga percakapan dikeluarkan beliau terlalu cepat. Sebenarnya, dalam tiga fasa pertama dari Dasar Pembangunan Jangka Panjang, telah dijalankan banyak pembangunan penting, termasuk membantu Taiwan mengatasi musim kemarau serius ratus tahun ini, serta pembangunan jalur MRT Wanda dan San-ying, serta jalur ringan An-keng dan kawasan pintar Xindian, dengan jumlah subsidi atau dana yang disetujui oleh kerajaan pusat mencapai lebih dari NT$30 juta. Sekarang sudah memasuki fasa keempat, iaitu fasa yang lebih penting, tujuannya adalah untuk memperluaskan transformasi digital dan kemapanan alam sekitar di Taiwan, untuk menjadikan Taiwan sebagai negara yang tahan lasak.

Komen

Terbaharumore