Institut Kewartawanan di Universiti Nasional Taiwan(NTU) merancang untuk menubuhkan program ijazah sarjana muda. Komuniti akademik komunikasi dan kesatuan industri kebanyakannya berpandangan positif dan optimistik mengenai perkara ini. Mereka gembira melihat lebih ramai bakat cemerlang menceburi dalam bidang kewartawanan dan komunikasi, yang akan lebih membantu pembangunan masyarakat.
Institut Kewartawanan di NTU yang ditubuhkan pada 1991, baru-baru ini telah meluluskan cadangan untuk menubuhkan program ijazah sarjana muda baru selepas lebih 30 tahun. Selepas melalui prosedur dalaman NTU seperti mesyuarat peringkat fakulti dan peringkat universiti, mesyuarat pentadbiran dan hal ehwal universiti, barulah memasuki tahap untuk membuat permohonan ke Kementerian Pendidikan.
Hong Ching-ling(洪貞玲), pengarah Institut Kewartawanan di NTU berkata, kewartawanan dan komunikasi sangat penting kepada masyarakat demokratik. Mereka berharap dapat menggabungkan pengetahuan profesional dari sains sosial untuk melatih bakat komunikasi antarabangsa yang boleh menyesuaikan diri dengan situasi semasa dan menggunakan teknologi digital dengan baik. Oleh itu, mereka telah memutuskan untuk menubuhkan program ijazah sarjana muda, tetapi nama program itu masih belum ditentukan. Pendaftaran siswa baru paling awal dijangka boleh bermula pada 2025.
Chen Yining(陳憶寧), Dekan Fakulti Pengajian Komunikasi Universiti Chengchi Kebangsaan(NCCU) menegaskan bahawa bidang komunikasi memerlukan bakat yang cemerlang. Tidak kira universiti mana yang sanggup memupuk bidang komunikasi, ia sangat penting kepada Taiwan. Ia juga baik untuk Institut Kewartawanan NTU untuk menubuhkan program ijazah sarjana muda, kini adalah era persaingan global, dan Fakulti Pengajian Komunikasi NCCU sentiasa menghadapi tekanan daripada universiti asing yang terkenal. Pada masa hadapan, selepas NTU Institut menubuhkan program ijazah sarjana muda kewartawan yang baru, NCCU hanya akan mempunyai satu lagi sekolah sebagai rujukan.
Mengenai cadangan program ijazah sarjana muda baru oleh Institut Kewartawanan NTU, Hu Youwei(胡幼偉), Dekan Pusat Pengajian Komunikasi di Universiti Kebudayaan Cina(CCU), berkata beliau tidak terkejut dan optimis dengan hasilnya. Lagipun, institut tanpa program ijazah sarjana muda lebih kekurangan tenaga pengajar akan mangakibatkan operasi pengaturan kursus semester susah untuk dijalankan.
Universiti Shih Hsin, universiti yang bermula daripada bidang wartawan, turut mengambil berat tentang perkara ini. Li Gongqin(李功勤), naib presiden Universiti Shih Hsin, mengatakan bahawa kerajaan memberikan lebih banyak subsidi kepada universiti awam dan kurang kepada universiti swasta. Memandangkan universiti awam telah memperolehi kelebihan sumber dan populariti, apabila jabatan media dan jabatan popular lain baru yang ditubuhkan, sudah pasti akan memberi tekanan terhadap universiti swasta sebab itu adalah isu ketidaksamaan struktur. Namun Shih Hsin masih yakin menghadapi persaingan daripada universiti awam."Dengan persaingan, akan ada kemajuan."
Guan Zhongxiang(管中祥), pengarah Jabatan Komunikasi di Universiti Chung Cheng Kebangsaan, percaya bahawa industri berita bukan sahaja keperluan pasaran, tetapi juga keperluan sosial. Untuk mendapat berita yang berkualiti baik, selain persekitaran media yang baik, mesti ada pemupukan bakat yang mencukupi untuk memainkan peranan sebagai media berita. Keinginan Institut Kewartawanan NTU untuk menubuhkan program ijazah sarjana muda adalah bermanfaat dan beliau optimis dengan kejayaannya.
Yan Wenting(嚴文廷), pengerusi Kesatuan Industri Media Komunikasi Kebangsaan, berkata bahawa dia gembira melihat lebih ramai bakat cemerlang meceburi bidang kewartawanan dan komunikasi, tetapi mengingatkan NTU untuk meningkatkan latihan praktikal untuk membantu siswa masuk ke dunia pekerjaan. Industri media adalah industri yang bercabar dan bertekanan tinggi, beliau juga berharap agar program ini dapat menyedarkan kesedaran hak tenagakerja siswa supaya apabila mereka memasuki tempat kerja pada masa hadapan, di samping membantu orang lain untuk mencari keadilan, mereka juga tahu bagaimana untuk melindungi hak dan kepentingan mereka sendiri dan mencapai keseimbangan antara sumbangan kerja dan hak sendiri.