Professor Wen-Chang Chen(陳文章), presiden Universiti Nasional Taiwan(NTU), hari ini (ke-13) berkata beliau telah memohon kepada Kementerian Pendidikan untuk menubuhkan program ijazah semikonduktor antarabangsa di peringkat ijazah sarjana muda. Beliau merancang untuk menerima 50 hingga 60 siswa asing setiap tahun untuk memupuk bakat semikonduktor antarabangsa. Pendaftaran baru untuk kemasukan dijangka dibuka pada 2024.
NTU akan menyambut ulang tahunnya yang ke-100 pada tahun 2028. Pihak Universiti hari ini berkata bahawa NTU telah menubuhkan Dana Centenary dengan matlamat untuk mengumpul lebih daripada NT$2.5 bilion dalam tempoh lima tahun. Dana ini akan digunakan untuk merekrut dan mengekalkan bakat serta mengembangkan pembinaan perkakasan kampus.
Professor Chen berkata bahawa NTU telah menubuhkan "Kuliah Boulevard Kelapa" (椰林講座). Boulevard Kelapa adalah tanda NTU disebabkan sepanjang jalan di pintu utama NTU adalah pokok kelapa. NTU akan menjemput tokoh akademik atau ahli peniaga yang cemerlang di dalam dan luar negara untuk memberi kuliah di "Kuliah Boulevard Kelapa". Selain itu, dengan sokongan "Kuliah Penyelidikan Elite Encik Song Gongyuan", pihak universiti merancang dalam lima tahun ini akan menjemput 6 hingga 10 penyelidik Pemenang Nobel Laureate dalam bidang akademik berbeza untuk memberi kuliah di NTU dan dijangka belanjawan bulanan NT$1.5 juta.
Selain itu, Professor Chen berkata, Institut Kewartawanan NTU telah meluluskan cadangan penubuhan program ijazah sarjana muda, tetapi masih perlu melalui prosedur yang berkaitan di dalam universiti sebelum membuat cadangan kepada Kementerian Pendidikan. Beliau berharap bahawa apabila menambah jabatan baharu, NTU akan menyasarkan untuk menjadi "terbaik di Asia dan kelas pertama di dunia."
Baru-baru ini, Program Pengajian Mandarin di Universiti Shi Hsin merancang untuk menangguhkan pendaftaran, yang telah menimbulkan kebimbangan mengenai fenomena "Pentingkan bidang sains dan kejuruteraan dan Abaikan bidang kemanusiaan". Prof Chen berkata jika siswa sains dan kejuruteraan tidak berkualiti kemanusiaan, mereka tidak boleh menjadi pemimpin yang baik. NTU secara aktif mempromosikan modul bidang kemanusiaan yang membolehkan siswa sains dan kejuruteraan mengambil kursus elektif merentas bidang.