close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Petua kepada ibu bapa-anak pada cuti sekolah

  • 03 July, 2023
  • 陳鑀枚
Petua kepada ibu bapa-anak pada cuti sekolah
Kementerian Pendidikan Taiwan R.O.C. (foto data/ Chen Gou-Wei) (陳國維攝)

Percutian musim panas (cuti sekolah) selama 2 bulan di sekolah rendah dan menengah adalah masa yang gembira untuk pelajar, Cuti panjang ini juga sering menjadi masalah, sakit kepala bagi ibu bapa. Kementerian Pendidikan  mengemukakan petua "5 positif dan 4 kebahagiaan", supaya mengingati ibu bapa meruangkan lebih masa untuk menemani anak-anak mereka , memupuk tabiat hidup yang kerap, dan mengelakkan bersentuh dengan produk tembakau dan melangkah ke tempat yang tidak sesuai.

Jabatan Pendidikan Kebangsaan dan Prasekolah , Kementerian Pendidikan menegaskan bahawa ibu bapa dan semua sektor masyarakat diingatkan untuk bekerjasama mewujudkan persekitaran untuk kanak-kanak membesar dengan sihat dan bahagia semasa percutian sekolah.

5 Positif termasuk emosi positif, penyertaan positif, hubungan positif, makna positif, dan pencapaian positif; 4 Kebahagiaan adalah pergerakan gembira, kehidupan bahagia, makan bahagia, dan tidur bahagia, semuanya berdasarkan amalan "kehidupan yang sihat".

Pelajar paling suka produk digital dan permainan video, dan online learning telah menjadi popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kementerian Pendidikan mengesyorkan prinsip jaga mata 3010 iaitu  berehat 10 minit untuk setiap 30 minit penggunaan mata. Pada masa yang sama, ibu bapa digalakkan untuk mengatur  aktiviti luar semasa percutian musim panas,  sebaik-baiknya beraktiviti luar rumah 2 jam setiap hari dan bersenaman satu jam setiap hari.

Ramai pelajar kemungkinan tidur lewat dan bangun lewat semasa cuti sekolah, jabatan pendidikan Taiwan mengesyorkan semua pelajar harus mengekalkan rutin biasa setiap hari, tidur selama 8 jam, makan makanan seimbang dan minum banyak air untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Elakkan makan terlalu banyak minuman manis dan gula-gula dan memupuk tabiat memberus gigi yang baik.

Kementerian Pendidikan mengingatkan ibu bapa supaya mengambil berat tentang status persahabatan anak-anak mereka, mengingatkan mereka tentang keselamatan dari website, dan mengukuhkan kemahiran literasi maklumat dan media. Untuk maklumat berkaitan, sila rujuk laman web Kementerian Pendidikan.

Komen

Terbaharumore