close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Kumpulan belajar pelajar berbahasa Cina pertama India tiba di Taiwan untuk belajar selama sebulan

  • 02 June, 2024
  • 陳心怡
Kumpulan belajar pelajar berbahasa Cina pertama India tiba di Taiwan untuk belajar selama sebulan
Dengan promosi Kementerian Pendidikan dan Bahagian Pendidikan Pejabat Perwakilan di India, kumpulan belajar berbahasa Cina pertama dari India tiba di Taiwan pada 1hb Jun, bersiap sedia untuk memulakan pengajian selama sebulan。

Dengan promosi Kementerian Pendidikan dan Bahagian Pendidikan Pejabat Perwakilan di India, kumpulan belajar berbahasa Cina pertama dari India tiba di Taiwan pada 1hb Jun, bersiap sedia untuk memulakan pengajian selama sebulan di Pusat Pendidikan Bahasa Cina di Universiti Pendidikan Taipei Nasional, yang dipercayai akan ada pengalaman pembelajaran yang kaya.

16 pelajar dalam kumpulan belajar itu berasal dari Institusi Kecemerlangan Shiv Nadar di Uttar Pradesh, India. Sebelum ini, walaupun sekumpulan guru Bahasa Cina berbangsa India berkunjung ke Taiwan untuk belajar, tetapi bagi kumpulan pelajar, ini adalah kali pertama di. tahun.

Kementerian Pendidikan telah menubuhkan Pusat Pendidikan Taiwan di Universiti Kecemerlangan Shiv Nanda di India. Bahagian Pendidikan Pejabat Perwakilan di India bersama guru Bahasa Cina Thomson dan Lin Shiting serta Universiti Pendidikan Taipei Nasional telah merancang lawatan belajar selama setengah tahun. Disebabkan perbezaan budaya yang besar antara Taiwan dan India serta situasi di Selat Taiwan dengan kekacauan komunisme di Taiwan, isu ini membimbangkan ibu bapa India. Walaubagaimanapun proses ini lancer dijalankan selepas komunikasi dengan keraguan diselesaikan.

Bagi memastikan perjalanan yang lancar, Tomson kembali ke Taiwan terlebih dahulu untuk menyediakan pengangkutan dan menjemput pelajar di lapangan terbang, manakala Lin Shiting terbang ke Taiwan dari India bersama rombongan, yang membuatkan pelajar dan ibu bapa berasa selesa.

Lin Shiting berkata, apabila pelajar India tiba di Lapangan Terbang Taoyuan pada sebelah petang, mereka segera merasai teh susu boba Taiwan, di  mana perbezaan adalah teh susu Taiwan adalah sejuk dan teh susu India adalah panas.

Beliau berkata pelajar menantikan kursus dan aktiviti yang akan datang.

Pada bulan pengajian berikutnya, sebagai tambahan kepada kursus bahasa Cina yang mantap, dua guru Bahasa Cina dan pihak Universiti juga merancang aktiviti seperti peta makanan, lawatan kebudayaan, lawatan ke Istana Presiden dan syarikat.

Selain itu, Taiwan Plus dan syarikat media serta penterjemahan lain juga akan memberikan ucapan di sekolah itu untuk berkongsi pengalaman industri dan menggalakkan pelajar meningkatkan bahasa Cina mereka. Wakil dari Kementerian Pendidikan dan Presiden Persatuan Indian Taipei (ITA), Ye Dafu , juga akan berkongsi dengan pelajar perkembangan kerjaya pembelajaran bahasa Cina dan pertukaran hubungan antara Taiwan dan India.

Chen Liying, ketua Bahagian Pendidikan Pejabat Perwakilan di India, berkata separuh daripada 16 pelajar adalah dari Jabatan Perhubungan Antarabangsa, manakala yang lain dari Jabatan Matematik, Sains Hayat, Pentadbiran Perniagaan, Bahasa Inggeris dan Kejuruteraan Kimia.

Chen Liying mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan atas sokongan padu untuk memudahkan kumpulan pertama di India, memberi peluang kepada pelajar universiti India untuk mempelajari bahasa Cina secara intensif dalam persekitaran yang mengasyikkan.

Universiti Kecemerlangan Shivnanda ialah sebuah sekolah swasta yang terkenal di India. Pengasasnya Shivnanda adalah salah satu daripada lima lelaki terkaya di India. Sekolah ini secara amnya hanya mengupah profesor dari Amerika Syarikat. Menurut majalah Career 360 yang terkenal di India, ia menduduki tempat pertama di kalangan universiti swasta baharu di jabatan komprehensif dan jabatan sains dan kejuruteraan pada 2023. Kebanyakan pelajarnya belajar di luar negara di Eropah dan Amerika Syarikat selepas tamat pengajian.

Komen

Terbaharumore