Universiti Sains dan Teknologi Taiwan Nasional telah memulakan kerja pembinaan semula selepas gempa bumi di banyak kawasan terpencil di Nepal sejak 2020. Universiti Sains dan Teknologi Taiwan Nasional berkata bahawa pasukan projek "Pembinaan Bersama Lestari Kota Gunung dengan Universiti Infinite" pergi ke Nepal sekali lagi pada bulan Mac, dengan tema "Kejuruteraan Kelestarian Kesesuaian Tapak", untuk memupuk kebolehan profesional pelajar dalam kejuruteraan awam, mengukuhkan reka bentuk kejuruteraan yang berdasarkan lokasi, dan membantu tadika tempatan dalam membina laluan buatan tangan untuk memperbaiki persekitaran sekitar dan mengendalikan kursus Bahasa Mandarin serta aktiviti pertukaran budaya di tadika supaya mengembangkan pengalaman praktikal serta perspektif masyarakat antarabangsa pelajar dan juga membawa peluang baharu kepada kanak-kanak luar bandar.
Pasukan Universiti Sains dan Teknologi Taiwan Kebangsaan bekerjasama dengan Persatuan Pendidikan dan Penjagaan Anak Ibu Zhuzhu(珠珠媽媽兒童教育關懷協會), dengan Profesor Madya Xiao Boqian(蕭博謙) dari Jabatan Kejuruteraan Pembinaan mengetuai 13 pelajar ke Nepal untuk mempromosikan pengaktifan komuniti setempat dan meningkatkan pencegahan bencana. Mereka juga pergi ke Pharping yang di pinggir barat daya Kathmandu membina laluan pejalan kaki buatan tangan yang selamat untuk Persatuan Pembangunan Bodhichitta. Tadika mereka juga menggunakan kaedah pembinaan tradisional orang Paiwan untuk membina tangga batu kawasan hospital dan jalan masuk.
Universiti Sains dan Teknologi Taiwan Nasional mengatakam bahawa pasukan itu juga pergi ke Universiti Kathmandu dan Universiti Tribhuvan di Nepal untuk pertukaran akademik kali ini. Aktiviti bertujuan mempelajari pengalaman praktikal dalam pemuliharaan air dan tenaga hidro termasuk melawat terowong, model empangan fizikal dan model jambatan, penyelenggaraan simen, dan konkrit yang digunakan untuk bereksperimen. Universiti Sains dan Teknologi Taiwan Nasional dijangka menandatangani memorandum kerjasama di peringkat kolej atau jabatan dengan kedua-dua sekolah untuk meletakkan asas bagi kerjasama seterusnya.